Hijrah ke Madinah Hijrah

Istilah hijrah biasanya merujuk kepada perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Muhammad pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Muhammad untuk mengembangkan Islam dengan am

an. H ijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Nabi sendiri berhijrah dengan Abu Bakar as-Siddiq.[2] Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

HariTarikh[1]Nota
Hari 1
Jumaat
27 Safar 1H
(13 September 622)
Meninggalkan rumah di Makkah. Tinggal tiga hari di Gua Thur di selatan Makkah.
Hari 5
Isnin
1 Rabiulawal 1H
(17 September 622)
Meninggalkan wilayah Makkah. Perjalanan ke daerah Yathrib.
Hari 12
Isnin
8 Rabiulawal 1H
(23 September 622)
Tiba di Masjid Quba dekat Madinah.
Hari 16
Jumaat
12 Rabiulawal 1H
(27 September 622)
Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat.
Hari 26
Isnin
22 Rabiulawal 1H
(7 Oktober 622)
Pindah dari Masjid Quba ke dalam Madinah.

Berkaitan